GLA bantu mempercepatkan kehamilan

“Salam, ada tak vitamin Shaklee untuk Set Kehamilan? ”

Tiba-tiba, saya mendapat mesej sebegitu daripada Mr A. Set Kehamilan adalah set vitamin untuk wanita yang sudah disahkan mengandung. Terkejut juga saya, setahu saya, isteri Mr A belum pun mempunyai zuriat. Jika Mr A mahukan Set Kehamilan, maksudnya Mrs A sudah disahkan hamil lah kan? Jika Mrs A sudah mempunyai zuriat, sayalah orang yang paling gembira!

“Wassalam. Err… nak vitamin untuk menghamilkan atau untuk yang dah disahkan hamil?”

Saya menghantar mesej balas, untuk mendapatkan kepastian.

“Untuk menghamilkan.” Mr A menghantar mesej.

Oohh… rupanya Mr A sedang bertanyakan tentang Set Kesuburan (untuk menghamilkan), bukannya Set Kehamilan (untuk wanita mengandung). Hihi… tuan-tuan dan puan-puan di luar sana, moga tak tersalah sebut set vitamin lagi ya… Kang tersilap amik vitamin, haru~

Dalam Set Kesuburan ini, ada beberapa vitamin yang dicadangkan, tapi untuk post kali ini, saya akan bercerita tentang GLA sahaja ye.

GLA Complex -  Bantu Kehamilan

GLA Complex – Bantu Kehamilan

Baiklah, mari saya kongsikan tentang salah satu vitamin yang boleh dikatakan ‘WAJIB’ diambil oleh wanita yang mahu hamil. Kenapa saya kata wajib? Sebab vitamin ni mampu menghasilkan cecair likat seperti lendir yang baik lagi berkualiti untuk kesuburan. Nak kenal cecair ni, senang je, sebab warnanya seakan putih telur, sebulan sekali pasti akan dihasilkan oleh tubuh badan setiap wanita. Pada saat cecair ini dihasilkan, itulah waktu yang kita panggil ‘Waktu Subur’.

Tapi, ada juga ketikanya cecair yang dihasilkan itu, tidaklah berkualiti mana. Nak kenal, senang je. Bila cecair ni berwarna coklat, kering-kering, dan sedikit tebal, maka itu bukanlah cecair yang berkualiti.

Oh yaa… untuk puan-puan yang mempunyai cecair yang kurang subur (kurang berkualiti) ini, jangan risau. InsyaAllah kita ada jalannya. Di sinilah GLA berperanan sebagai agen pembantu kepada sperma untuk berenang ke uterus sebelum singgah di tiub falopio, lalu bertemu sel ovum untuk disenyawakan. (‘;

Andai kata lah sperma masuk ke tiub falopio pada bukan waktu subur, jangan risau. GLA akan ‘menyimpan’ dan ‘menjaga’ sperma itu untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Maksudnya, potensi untuk hamil akan meningkat, bukan waktu subur pun, sperma berpeluang untuk bersenyawa dengan ovum.

Ini contoh testimoni oleh mereka yang sudah berjaya :

gla3-jpeg

 

Untuk wanita yang sudah subur pun, semestinya boleh ambil GLA juga. Ia bukanlah akan menyebabkan anda bertelur 2-3 kali sebulan, tapi ianya akan bantu memastikan uterus kita lembap, sekaligus mengurang potensi untuk senggugut sewaktu haid.

Teruja?

Mari hubungi saya. ^^

Nanti saya cerita banyaaak lagi~

Jangan segan silu untuk bermesej-mesej, nak tanya-tanya dulu pun boleh je.

Hubungi saya, Aziza.

Mesej/call : 019-5161862

Whatsapp : +81 80 3939 3010

Emel : sihatlagicantik@gmail.com

Leave a comment

Filed under GLA Complex

Mahu lawas!

Ada ke orang yang taknak memiliki perut yang lawas?

Atau bahasa mudahnya, mudah untuk membuang air besar.

Tahukah anda, bahawa perut yang tidak lawas itu menyimpan banyak toksik iaitu bahan buangan yang sememangnya tak diperlukan badan.

Sedarkah anda, bahawa kebanyakan masalah kesihatan kita berpunca daripada keadaan dalam perut?

Bahan buangan, okeh. Bahan BUANGAN. Ibarat menyimpan sampah dalam rumah.

Pernah ada pengalaman melalui kawasan pembuangan sampah? Bagaimanakah baunya?

Gitulah juga badan kita.

Kalau kita duk simpan bahan buangan tu, lama-lama, bukankah ia membusuk?

Bila badan kita banyak toksik, kita akan mudah rasa letih, sakit kepala, tumbuh jerawat, badan ‘rasa berat’ dan mudah rasa nak marah orang.

Ada orang beritahu saya, ada kajian yang dibuat terhadap para pelajar sekolah. Pelajar-pelajar yang membuang air besar setiap pagi, didapati lebih fokus dan bertenaga di dalam kelas.

Wow!

Mestilah kan… Bangun pagi-pagi, dah rasa fresh gitu. Rasa release.

Sebagai bantuan kepada anda yang mencari produk untuk melawaskan perut, ini dia 3 cadangan utama daripada saya.

1) Alfalfa

Alfalfa ini sebenarnya nama sejenis tumbuhan, yang memang terbukti berkesan dalam detoksifikasi. Boleh bakar lemak juga tau~

Baik untuk tulang kerana mempunyai 300mg kalsium (bersamaan segelas susu). Alternatif bagi mereka yang tak berapa suka susu.

alfalfa

2) Herblax

Memang fokus kepada proses memudahkan pembuangan air besar. Amat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.  InsyaAllah, selepas ambil Herblax, dalam masa 6jam, ia akan mula menunjukkan kesannya.

Herblax

Kalau ada bajet lebih atau mahukan kesan yang double lagi mengujakan, bolehlah cuba ambil Alfalfa Complex dan Herblax sekaligus.

Memang mengujakan!

Mari hubungi saya.

 

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

+81 80 3939 3010

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under Alfalfa, Herblax

Sharing : Aktiviti yang membahayakan kesihatan wanita

Perhiasan dunia.

Sihat bergaya lagi cantik mengujakan!

Nak beraktiviti sakan, memanglah boleh, tapi kena jaga diri elok-elok juga.

Mari baca tentang aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan kita. Mungkin kita tak menyedarinya.

Dari wanita untuk wanita 🙂

5 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

1. Terlalu lama berdiri
*Merosakkan tulang.
*Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
*Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
*Merosakkan lipatan daging.
*Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
*Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
*Merosakkan urat.
*Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya

4. Terlalu banyak makan
*Merosakkan sistem pencernaan.
*Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
*Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

5. Terlalu minum minuman berais
*Merosakkan otot dan lambung.
*Badan dan payudara menjadi lembik.
*Berat badan meningkat.
*Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

Bersederhana dalam segala hal.

Bersederhana dalam segala hal.

Jangan tak tahu, Allah memang tak suka kepada hambaNya yang berlebih-lebihan dalam apa jua perkara.

“… makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah  tidak menyukai  orang yang berlebih-lebihan.

[Al-‘Araf 7:31]
Bersederhana itu kan lebih menenangkan jiwa.
*senyum*

Leave a comment

Filed under [Sharing]

Rabun yang makin kurang. Seronok!

Seronoknya membaca cerita Che Lin yang berjaya mengurangkan rabun jauhnya. Cerita dia saya serap masuk ke dalam blog ini, istimewa buat anda semua.

Jemput baca~

Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~

Pertengahan february yang lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. apa yang saya baca dari buku dan internet, vitamin ni tak boleh menyembuhkan rabun tapi apa salahnya saya ambil supplement kan? kalau tak bertambah baik pon, at least maintain dengan power sekarang. memanglah teknologi perubatan skang ni dah canggih manggih, boleh buat operation mata lasik bagai tapi saya penakut bab-bab operation nih. masuk ER masa form 4 dulu kena jahit kat kening kes dicium bola hoki pon, dah seram sejuk sampai tukang jahit ingat saya dah pengsan even tak dibius. padahal terkaku sebab ketakutan nampak benang biru yang dia dok tarik-tarik kat kening bawah cahaya lampu! haha~

alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama. yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/

Masa balek ke kampung last week,

“mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah.”

alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu 🙂

Apa sebenarnya kelebihan carotomax ini?

Carotomax aka vitamin A ini boleh membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.

Carotomax : Antioksidan yang mengagumkan

Carotomax : Antioksidan yang mengagumkan

Berminat?

Mari hubungi saya.

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under Carotomax

Jeragat memberi masalah?

Saya cuba membuat carian ‘Jeragat’ di Google, rupanya ramai antara kita ini yang mengangap jeragat adalah seumpama mimpi buruk. Seram pulak~

Apapun, saya tak pernah lagi jumpa orang yang bergembira bila ada jeragat naik di muka.

Berita gembira bagi anda di luar sana, yang mempunya masalah jeragat. GLA adalah penyelesaiannya.

Sharing ini saya pinjam daripada blog ini, yang sebenarnya telah diambil daripada pengalaman Puan Norita.

Jom pakat baca~

GLA Complex - Atasi Jeragat

GLA Complex – Atasi Jeragat

Dulu saya selalu terfikir betapa ramainya orang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk dapatkan kulit yang cantik dengan mencuba segala macam krim yang berada dalam pasaran.
Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

 

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya….salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil.Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur)kini ia lebih dari itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!
Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.
Seronok kan?
Mari hubungi saya.^^

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under GLA Complex

Zink untuk membantu penumpuan

Campuran suplemen zink ke dalam sajian harian boleh meningkatkan daya tumpuan seseorang.

Sila percaya.

Penyelidikan awal telah  dijalankan di Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Grand Forks, Jabatan Pertanian Amerika di Utara Dakota.

 

Kanak-kanak yang diberi zink dalam 20mg dalam 5 hari seminggu selama 10 sehingga 12 minggu mempunyai daya ingatan  yang lebih baik dan tempoh penumpuan yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak diberi suplemen zink.

 

Mengujakan?

Zinc Complex membantu anda untuk lebih fokus

Zinc Complex membantu anda untuk lebih fokus

Mari hubungi saya.

(^^)/

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under Zinc Complex

Vitalea – 28 vitamin sekaligus dalam satu tablet

Entah mengapa, banyak daripada pelanggan saya yang mencari multivitamins adalah daripada golongan lelaki.

 “Ada multivitamins?”

 “Malas nak ambil banyak jenis, tapi nak banyak nutrisi untuk sekali ambil. Ada ke?”

 

Begitulah antara soalan yang kerap diajukan kepada saya. Untuk mereka ini, memang saya cadangkan untuk ambil Vitalea (Multivitamins) . Sesuai dengan namanya, Vitalea mempunyai 28 vitamin dan mineral penting dalam setiap tablet.

Hanya dengan pengambilan yang konsisten setiap hari, anda akan bisa melihat dan merasai perubahan yang ketara.

Antara kebaikan Vitalea :

–       Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

–       Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata

–       Meningkatkan kekuatan tulang manusia, sekaligus meningkatkan keupayaan system imunisasi

–       Melindungi tubuh daripada serangan sebarang radikal bebas

Dalam satu tablet, macam-macam vitamin ada.

Dalam satu tablet, macam-macam vitamin ada.

Jangan tak tahu, Vitalea ini telah melalui lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan mengoptimumkan potensi produk, jadi ianya amat meyakinkan

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under Vitalea

Kulit cantik meningkatkan keyakinan diri

Sebagai seorang manusia normal, kita sememangnya suka dan mahukan kulit yang cantik. Bukan sahaja cantik, malah segar dan sihat.

Iya saya tahu, tak elok dan tak bagus untuk kita sibuk-sibuk mencantikkan luaran sahaja. Tapiada tapinya…. Usah menganggap remeh dengan kecantikan luaran. Walaupun tidak semestinya, tapi realitinya,  dengan kecantikan luaran, orang di sekeliling akan berasa tertarik dengan kita. Kita pun akan rasa lebih yakin dalam berurusan dengan orang lain. Bila kita yakin diri, secara fitrahnya kita akan menghasilkan kerja yang hebat.

Cantik yang saya maksudkan ini, bukan cantik yang tempek-tempek di muka, tapi bila dibilas dengan air terus hilang kecantikan itu. Itu tidak kekal, malah tak keterlaluan kalau saya nyatakan bahawa itu suatu kepalsuan dan bersifat sementara.

Saya sedang mencadangkan kecantikan luaran yang datang dari dalam. Membina kecantikan kulit, melalui kesihatan dalaman yang mengagumkan.

Anda pernah dengar tentang kehebatan Vitamin E? Ini dia Vita-E Complex daripada Shaklee.

Terbukti sejak turun-temurun sebagai penghapus parut

Terbukti sejak turun-temurun sebagai penghapus parut

Tebukti hebat dan berkesan dalam menghilangkan parut-parut di muka dan badan, sekaligus mencantikkan kulit.

Tak percaya?

Cuba dulu baru tahu.

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under Vita E Complex

Stress : Beban yang membahayakan . B Complex sebagai bantuan

Tekanan dalam kehidupan adakalanya baik untuk manusia. Dalam sesetengah keadaan, hasil kerja kita lebih optimum dan pantas disiapkan apabila kita melakukannya dalam keadaan tertekan.

Contohnya, dateline untuk menghantar 5 helai report eksperimen adalah pada  hari Khamis sebelum pukul 430pm. Pada hari Isnin, kita mungkin boleh masih relaks-relaks dalam menyiapkan report tersebut. Tetapi apabila sudah masuk hari Selasa, report masih tergendala, menjengah pula hari Rabu, report masih berstatus huru-hara, maka sebagai manusia biasa, stress kita akan bertambah banyak. Pada hari Khamis, stress yang ada akan semakin memberat.

Jika bernasib baik, stress yang membeban itu akan membuatkan kita semakin all-out dalam menyiapkan report, atau jika sebaliknya, report kita yang terhasil bukan sahaja kurang memuaskan, bahkan emosi kita turut terganggu sekaligus memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita. Jangan tak tahu, emosi yang terganggu, boleh ditafsirkan oleh otak sebagai suatu penghalang kepada kesihatan tubuh.

Tanpa kita sedari, stress yang kita ada akan mengurangkan kandungan Vitamin B dalam tubuh.

Vitamin B yang mencukupi akan menghasilkan kesihatan tubuh yang baik dari segi :

–       Kesihatan jantung

–       Sintesis DNA

–       Menguruskan tekanan

–       Meningkatkan tenaga metabolism tubuh.

Dapatkan Vitamin B yang mencukupi

Dapatkan Vitamin B yang mencukupi

Hebat bukan?

Mari hubungi saya.

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under B Complex

ESP – Pilihan terbaik bagi yang mahukan sarapan bertenaga yang menjimatkan masa

Hidup sebagai pelajar di Jepun, takkan pernah lari daripada kesibukan dengan perihal sekolah (di Jepun, univeristi selalunya dipanggil sebagai sekolah). Musim exam jangan cerita, musim yang bukan exam pun, ramai sangat di kalangan kita yang selalu pergi ke sekolah dalam keadaan berkejaran. Tak sempat bersarapan, dengan alasan tak cukup masa.

Hasilnya? Kita kerap kelaparan yang ‘melampau’ ketika waktu tengah hari, sehingga membuatkan kita makan dengan kuantiti yang amat banyak sekaligus. Ianya bukan saja membawa mudarat kepada kesihatan, bahkan membawa kesan buruk kepada emosi kita di dalam kelas sebelum waktu tengah hari. Sudahlah kita berkejaran untuk ke kelas pagi-pagi, tak sempat makan apa-apa pula, emosi kita mudah terganggu kerana otak kita akan sentiasa memberitahu kita bahawa ‘waktu lunch nanti, confirm aku kena makan, nak kena dapatkan tenaga’. Psikologi yang dimainkan oleh otak kita secara separa sedar.

Mari bertindak bijak. Energizing Soy Protein atau nama singkatannya ESP, adalah suatu usaha terbaik bagi mereka yang mahukan tenaga segera yang bukan sahaja mengagumkan, bahkan berpanjangan.

Perlu dinyatakan juga di sini, bahawa ESP ini bukannlah pengganti sarapan kita. Semoleknya, kita mengambil sarapan sihat, dan turut menambahkan ESP sebagai menu tambahan bagi sarapan kita. Tapi, at least, kalau tak sempat nak bersarapan biasa, dapat ambil ESP setiap pagi pun sudah memadai untuk membantu kita kekal bertenaga sehingga ke waktu lunch tengah hari.

Cara makan ESP :

Hanya ambil 1 atau 2 scoop ESP, dan bancuhkannya dengan air suam. JANGAN bancuh dengan air panas, kerana air panas akan merosakkan protein yang ada dalam ESP tersebut.

ESP ini, diperbuat daripada kacang soya, jadi rasanya adalah seperti soya. Untuk lebih menyedapkannya, boleh tambah sesudu dua serbuk coklat, atau serbuk horlick, atau boleh juga dicampur dengan jus buah-buahan. Mudah dan cepat. Ada juga orang yang makan ESP ni dengan aiskrim. Creamy gitu~

Oh yaaa… ESP Shaklee ini, menggunakan kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetic, atau lebih dikenali dengan nama Non-GMO (non-genetically modified organism).

Mari saya nyatakan kelebihan ESP  yang lain :

1)    Mempunyai protein yang amat baik untuk otot, kuku dan rambut, sekaligus boleh mencantikkan kulit

2)    Membantu  kurangkan paras kolestrol, cegah osteoporosis, cegah sakit jantung

3)    Turut berperanan menjaga kesihatan rahim dan ovary bagi wanita, juga bagus untuk kesihatan prostat lelaki

4)    Memberi tenaga segera

5)    Meningkatkan kuasa system imunisasi dalam badan (Tahan diri daripada serangan penyakit)

6)    Kurangkan migrain, pulihkan insomnia

7)    Melambatkan pertumbuhan uban, juga mengurangkan keguguran rambut

ESP yang amat terbukti memberi tenaga segera

ESP yang amat terbukti memberi tenaga segera

Hebat kan?

Mari hubungi saya.

Aziza (Shaklee Independent Distributor)

[ID No : 906599]

sihatlagicantik@gmail.com

FB :  Sihat Lagi Cantik

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a comment

Filed under ESP